Guess who has free time and not tired? Me. Baca SINI untuk cerita kenapa I takde masa nak update blog dan penat melampau. Tapi hari ni I ada masa lapang dan tak penat jadi marilah update blog sementara ada peluang.
Dah lama tak tulis blog bahasa rojak macam ni but tonight I will. I nak mintak maaf in advance to those yang tak suka tulisan rojak. Nak tulis full BM actually tapi biasanya kalau I tulis full BM, terus jadi skema. Kagum dengan kawan I, Ili (sempattt promot blog member. Thanks me later Ili walaupun blog aku bukan banyak view pun hahaha). Tulisan dia walaupun campur bahasa Melayu dan Inggeris jugak but bunyi proper tapi tak skema. Sila baca blog beliau kalau curious macam mana level proper tapi tak skema I tu. Lepas tu tak tau macam mana nak address diri sendiri, so guna I je lah for now. Harap bersabar ye. Hihihi.
Back to our title. Sekali lagi I nak mintak maaf to those yang selalu jenguk blog I samada untuk balas blogwalking atau memang suka baca blog I wah wah yakinnya kamu Nurul. Hahaha. I mintak maaf sebab korang selalu kena nampak post pasal my never-ending acne journey ni. I actually don't mind pun kalau ada orang skip post macam ni sebab I pun selalu buat macam tu. I'll skip posts yang tak menarik minat I bila pergi melawat kawan-kawan blogger yang lain. Hihihi. Tapi I kena tulis jugak journey ni untuk future reference and I also wish to help other people who face the same problem like me sebab I tau the struggle nak dapat kulit bersih tanpa jerawat. Dekat bawah nanti I akan tunjuk progress kulit so ni nak warning awal-awal bahawasanya post ni ada graphic content. Kalau rasa geli dengan muka berjerawat, silalah jangan baca. Kalau nak baca jugak, jangan scroll sampai bawah. I letak gambar tu dengan harapan orang-orang yang ada masalah macam I tak rasa down sangat or worse, rasa give up terus.
Remember I said I need to make peace and live together in harmony with my acne dekat post review Dr. Ko dulu. Well, I wasn't ready for that yet. Lepas I sedar breakout tu mungkin disebabkan oleh udara dekat Vietnam, I pun pergi ke klinik lagi. I decided nak pegi klinik tu pun tiba-tiba. One day I ada meeting dekat tempat customer. Lepas tu dah nak dekat lunch hour. Kalau dekat office selalu tak keluar pun time lunch sebab I tak suka panas hahaha. I pun jarang makan lunch sebenarnya. Tapi hari tu sebab dah dekat luar time lunch hour, I fikir why not pegi klinik. For. one. last. time. Sebab masa tu muka tengah breakout teruk sampai tak tahu nak buat apa dah.
I pun Google klinik kulit dekat area Shah Alam and jumpa Klinik Welcare. I tengok rating dia 4.7 stars. Review dia pun banyak yang positif so I decided nak pegi klinik tu. Klinik tu dekat Seksyen 17 Shah Alam. Dia klinik general tapi specialized in skin kind of clinic? I'm not very sure. Tapi orang yang ada sakit biasa macam demam ke selsema ke pun boleh datang klinik tu. Dorang pun ada buat 3D scan untuk pregnant women sebab I nampak gambar 3D baby dekat notice board dorang. Tiba-tiba 3D scan baby pun nak mention sini. Hahaha.
Clinic assistant dekat registration counter tu tak friendly langsung (-1 point). Maybe dia tengah PMS kot hari tu ataupun dia ada masalah ke, I pun tak tahu. Time sampai tu ada 4 atau 5 orang pesakit je sebelum I tapi sejam setengah jugak la kena tunggu before sampai my turn (-1 point).
Bila masuk bilik doktor tu, I was greet by the doctor in her chirpy voice (+1 point). Lepas tu dia pun tanya apa concern I for that day so I pun cerita la pasal breakout dan keadaan kulit. Dia dengar problem I dengan tekun okay (+1 point). I pun ada cerita jugak dekat dia pernah pergi Dr. Ko before tu and I was on anti-bacterial and isotretinoin selama tiga bulan sampai June tahun lepas. Lepas tu dia explain apa yang normally menjadi punca breakout. Dia suruh I reduce all the good food (sweet and oily food) bahaha she just read thru me. I memang suka all those 'good food' pun. Dia tanya apa skin type I so I cakap combination skin and doktor pun agreed yang I ada combination skin. Lepas tu dia mintak I list out skincare yang I pakai time tu and dia tolong check ingredients dalam semua skincare tu dekat Cosdna (+1 point). Biasanya I check skincare ingredient dekat SkinCarisma tapi rasa best la bila ada orang profesional yang tolong check untuk kita. Dia cakap I boleh continue guna semua skincare tu tapi semua tu tak tolong hilangkan jerawat and I pun tak perlukan produk sebanyak tu sebenarnya. Dia suggest a few products dekat I tapi dia suruh study dulu pasal produk tu semua sebelum I decide nak try each of them (+1 point)









































