ACNE TREATMENT WITH KLINIK WELCARE SHAH ALAM

by - September 20, 2020

Assalamualaikum. Hi.


Guess who has free time and not tired? Me. Baca SINI untuk cerita kenapa I takde masa nak update blog dan penat melampau. Tapi hari ni I ada masa lapang dan tak penat jadi marilah update blog sementara ada peluang.

Dah lama tak tulis blog bahasa rojak macam ni but tonight I will. I nak mintak maaf in advance to those yang tak suka tulisan rojak. Nak tulis full BM actually tapi biasanya kalau I tulis full BM, terus jadi skema. Kagum dengan kawan I, Ili (sempattt promot blog member. Thanks me later Ili walaupun blog aku bukan banyak view pun hahaha). Tulisan dia walaupun campur bahasa Melayu dan Inggeris jugak but bunyi proper tapi tak skema. Sila baca blog beliau kalau curious macam mana level proper tapi tak skema I tu. Lepas tu tak tau macam mana nak address diri sendiri, so guna I je lah for now. Harap bersabar ye. Hihihi.

Back to our title. Sekali lagi I nak mintak maaf to those yang selalu jenguk blog I samada untuk balas blogwalking atau memang suka baca blog I wah wah yakinnya kamu Nurul. Hahaha. I mintak maaf sebab korang selalu kena nampak post pasal my never-ending acne journey ni. I actually don't mind pun kalau ada orang skip post macam ni sebab I pun selalu buat macam tu. I'll skip posts yang tak menarik minat I bila pergi melawat kawan-kawan blogger yang lain. Hihihi. Tapi I kena tulis jugak journey ni untuk future reference and I also wish to help other people who face the same problem like me sebab I tau the struggle nak dapat kulit bersih tanpa jerawat. Dekat bawah nanti I akan tunjuk progress kulit so ni nak warning awal-awal bahawasanya post ni ada graphic content. Kalau rasa geli dengan muka berjerawat, silalah jangan baca. Kalau nak baca jugak, jangan scroll sampai bawah. I letak gambar tu dengan harapan orang-orang yang ada masalah macam I tak rasa down sangat or worse, rasa give up terus.

Remember I said I need to make peace and live together in harmony with my acne dekat post review Dr. Ko dulu. Well, I wasn't ready for that yet. Lepas I sedar breakout tu mungkin disebabkan oleh udara dekat Vietnam, I pun pergi ke klinik lagi. I decided nak pegi klinik tu pun tiba-tiba. One day I ada meeting dekat tempat customer. Lepas tu dah nak dekat lunch hour. Kalau dekat office selalu tak keluar pun time lunch sebab I tak suka panas hahaha. I pun jarang makan lunch sebenarnya. Tapi hari tu sebab dah dekat luar time lunch hour, I fikir why not pegi klinik. For. one. last. time. Sebab masa tu muka tengah breakout teruk sampai tak tahu nak buat apa dah.

I pun Google klinik kulit dekat area Shah Alam and jumpa Klinik Welcare. I tengok rating dia 4.7 stars. Review dia pun banyak yang positif so I decided nak pegi klinik tu. Klinik tu dekat Seksyen 17 Shah Alam. Dia klinik general tapi specialized in skin kind of clinic? I'm not very sure. Tapi orang yang ada sakit biasa macam demam ke selsema ke pun boleh datang klinik tu. Dorang pun ada buat 3D scan untuk pregnant women sebab I nampak gambar 3D baby dekat notice board dorang. Tiba-tiba 3D scan baby pun nak mention sini. Hahaha.

Clinic assistant dekat registration counter tu tak friendly langsung (-1 point). Maybe dia tengah PMS kot hari tu ataupun dia ada masalah ke, I pun tak tahu. Time sampai tu ada 4 atau 5 orang pesakit je sebelum I tapi sejam setengah jugak la kena tunggu before sampai my turn (-1 point).

Bila masuk bilik doktor tu, I was greet by the doctor in her chirpy voice (+1 point). Lepas tu dia pun tanya apa concern I for that day so I pun cerita la pasal breakout dan keadaan kulit. Dia dengar problem I dengan tekun okay (+1 point). I pun ada cerita jugak dekat dia pernah pergi Dr. Ko before tu and I was on anti-bacterial and isotretinoin selama tiga bulan sampai June tahun lepas. Lepas tu dia explain apa yang normally menjadi punca breakout. Dia suruh I reduce all the good food (sweet and oily food) bahaha she just read thru me. I memang suka all those 'good food' pun. Dia tanya apa skin type I so I cakap combination skin and doktor pun agreed yang I ada combination skin. Lepas tu dia mintak I list out skincare yang I pakai time tu and dia tolong check ingredients dalam semua skincare tu dekat Cosdna (+1 point). Biasanya I check skincare ingredient dekat SkinCarisma tapi rasa best la bila ada orang profesional yang tolong check untuk kita. Dia cakap I boleh continue guna semua skincare tu tapi semua tu tak tolong hilangkan jerawat and I pun tak perlukan produk sebanyak tu sebenarnya. Dia suggest a few products dekat I tapi dia suruh study dulu pasal produk tu semua sebelum I decide nak try each of them (+1 point)

In case you tak faham tulisan doktor ni (sebab I pun take time nak baca balik nota ni), meh nak tolong list out balik produk yang doktor suggest dekat I.

> The Ordinary Squalane ⭐
> The Ordinary Granactive Retinoid 2.0 & 5.0%
> Retinol in Squalane
> SPF 30-50
> Timeless 20% C E Ferulic Acid
> Cosrx snail mucin ⭐
> Heimish all clean balm

Note : She didn't ask me to try all of the products at once but instead to read further and decide on my own produk mana yang I nak try. Produk-produk yang ada ⭐ tu menurut doktor tu, kombinasi kedua-dua produk tu bagus untuk hydration. Selain breakout, masa tu I pun ada concern yang mana I rasa kulit I tak dapat cukup hydration. Tu yang doktor tu suggest both of the products.

Then doktor tu explain pasal isotretinoin. Ada juga info baru yang I dapat dari explanation dia. Salah satunya, isotretinoin pun wujud dalam bentuk topical where you can sapu je dekat kulit (+1 point). Lepas tu dia tanya I, I nak oral isotretinoin lagi ke tapi lepas tu dia decided prescribe I dengan oral isotretinoin untuk sebulan tapi lepas dua minggu I kena datang balik klinik untuk dia monitor progress kulit I. Consultation tu makan masa dalam 10-15 minit macam tu la so terjawab la why I kena tunggu sejam setengah sebelum tu (+1 point).

Untuk ubat, first visit I dapat bekalan isotretinoin untuk 40 hari (40 biji) dengan anti bacterial pill sekali dengan anti bacterial spray. Total semua RM 252 (+1 point). Way cheaper if compare dengan Dr. Ko. But I understand why Dr. Ko mahal. Dr. Ko is a brand while yang I pegi ni klinik biasa. First visit ni on 9th March 2020.

Dengan ini, I bagi Klinik Welcare Seksyen 17 Shah Alam total +5 points.

Isotretinoin dalam botol tu. Anti bacterial tu Doxy 100. I baca doxy tu untuk bacterial infection.

29th March 2020. After 20 days, I pegi balik untuk check progress and topup anti bacterial pill. Tapi I mintak sekali dengan isotretinoin sebab time tu tengah PKP so I taknak keluar banyak kali walaupun untuk medical reason. Second visit I kena bayar RM 190 untuk both of the ubat.

Since tengah PKP, I drag third visit almost 2 bulan. Lagipun kulit dah makin okay. Isotretinoin still ada but anti bacterial tu doktor prescribe untuk 20 hari je. I check dekat farmasi dekat rumah I if dorang ada anti bacterial pill tu and dorang ada that anti bacterial. So I beli anti bacterial pill tu dekat farmasi je. RM 15 untuk dua papan tak silap harganya. I don't know if you can get this anti bacterial dari farmasi without prescription ke ape tapi hari tu I memang takde prescription dari doktor but I boleh je beli. But I tak recommend la you memandai pegi beli ni dekat farmasi je. Better pegi consult dengan doktor dulu. I berani pegi beli dekat farmasi sebab doktor memang bagi I anti bacterial tu masa tu.

My third and last visit was on 15th May 2020. Breakout dah clear. Time ni doktor still bagi isotretinoin dengan anti bacterial pill tu dengan Adapalene gel. Gel tu untuk sapu dekat jerawat. So while I was still on isotretinoin, at the same time I pakai gel tu jugak so that kulit I akan adapt slowly and tak breakout balik lepas dah habis isotretinoin tu. Ooh this time dose isotretinoin tu dah kurang. Before that I kene makan sebiji sehari, last bottle tu I makan dua hari sekali je. Ambik masa dua bulan jugak la untuk I habiskan the last isotretinoin prescription tu. Anti bacterial memang 20 hari dah settle. Lepas tu I dah takde topup dah. Doktor pun cakap kalau I dah tak nak datang klinik pun takpe dah. Last visit tu I kena bayar RM 218.

Grand total I spent dekat klinik tu was RM 660. Mahal tapi memang tu la realiti orang yang ada masalah kulit ni. Memang akan banyak duit habis. Sebab tu bila kulit dah clear, I tak kisah beli skincare yang pricey. Asalkan elok untuk kulit I (Nanti I share my current skincare yang I rasa sesuai untuk acne prone skin) Dah tak larat dah nak berperang dengan jerawat lagi. I'm lucky sebab I dah kerja, boleh la pergi treatment sana sini walaupun tak tahu berkesan ke tak. Memang banyak try and error. Mostly banyak error je. Hahaha. Untuk adik-adik yang masih bersekolah ataupun dekat universiti lagi, yang parents banyak tanggungan lain, try pergi klinik ataupun hospital kerajaan. Rasanya I pernah baca dekat Twitter, dorang pun ada rawatan untuk masalah jerawat.

Kesimpulannya, I memang recommend klinik ni bagi sesiapa yang ada duit lebih. Sekarang bulan 9, baru around 4 bulan kulit I bebas jerawat. Time Dr. Ko dulu bertahan 8 bulan before I breakout balik sebab pergi Vietnam tu. I harap kali ni takde la breakout lagi dah.

Now, gambar progress kulit I. Doktor tu memang suruh ambik gambar each time lepas jumpa dia so that dia boleh tengok progress skin. Another +1 point hahaha. Last visit je I tak ambik gambar sebab lepas tu dah tak payah jumpa doktor.

Scroll bawah panjang sikit la ye sebab I tak nak orang terkejut dengan graphic content ni.















































































Gambar dahi dah la hihihi. First pic after first visit. Second pic after second visit. Kalau zoom, boleh nampak ada jerawat yang keluar air. Third pic tu ambik hari ni. Dua gambar dekat atas tu I ambik lepas cuci muka and pakai skincare. Third pic je I just cuci dengan balm dulu. Tak pakai cleanser lagi. Memang tak licin macam orang yang tak pernah breakout teruk but I bersyukur at least takde dah jerawat besar macam before this. Tu ada red bumps sebab I tengah PMS and snacking almond banyak gila nowadays. Nak kena stop makan kacang la nampaknya sebab before ni takde pun bumps tu.

Hopefully post ni membantu walaupun sikit. Don't give up fellow acne fighter. Hahaha. Kalau ada soalan, comment je dekat bawah. I'll try answer as fast as I can okay.

Thank you for reading

💙
Nurul

You May Also Like

14 comments

  1. Takpelah. Ia satu perjuangan.
    Saya pun ada perjuangan masa terseliuh teruk. Cuba macam-macam. Sekarang ini boleh kata sembuh 80-90%. Ya kos jangan cakaplah pejam mata sambil doa beri kesembuhan.
    Akan dikenang. Hehe nanti hendak tulis tapi mungkin buat tulisan lempar belakang (throw back)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sekarang NA dah sembuh walaupun 100%. Body kite ni memang once dah sakit mesti takkan pulih perfect dah. Kalau bab kos pulak memang pejam mata je la mampu. NA memang patut tulis tu. Mana tahu ada orang yang terseliuh macam NA, bermanfaat untuk dorang.

      Delete
  2. My skin pulak lebih kepada acne scar. Jerawat tuh adalah 1-2 ketul tapi dia punya parut tuh kemain nak duduk je dekat muka tak nak hilang. Parut dari zaman sekolah lagi. So end up beli vitamin e untuk cuba hilangkan parut tuh but belum makan lagi. Katanya vitamin e tak elok makan kalau ada active acne sebab takut break out. So kena consistent makan vitamin c then baru boleh proceed with vitamin e. Hopefully ada improvement lah lepas start makan (now tengah consistent dengan vitamin c dulu). Semoga both of us have flawless skin and consistent flawless huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo Nurul baru tahu Vitamin E tak boleh ambik kalau tengah break out. Betul, nak consistent makan vitamin tu susah betul. Hahaha. Ada hari ingat, makan la. Kalau tak berhuhu la vitamin tu atas almari. Hahaha. Amin aminnnn.

      Delete
  3. Pernah merasai muka breakout teruk masa study. Syukurlah masa tu tukar produk yang more better untuk kulit. For now kurang acne cuma nak memulihkan parut dan keadaan kulit tu satu hal juga. Yang mengalaminya faham betapa struggle kan. Btw, thanks share info ni. Sangat bagus terus jumpa doktor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurul start breakout masa study dekat UKM dulu la. Second year rasanya macam tu. And yes, breakout tu satu hal. Nak hilangkan parut pun satu hal. Nurul sampai sekarang still ade parut lekuk tak hilang-hilang.

      Delete
  4. its getting better alhamdulillah..
    fighting sis =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. I hope the acne will go away forever. Thank you =)

      Delete
  5. Oh my god!!! I suka baca you punya blog... sangat membantu orang yang ada acne prone skin :D

    ReplyDelete
  6. Hi. Really inspired to read. Currently surveying for my acne skin also. 1st i found your Dr.Ko's. Then this. Tq for sharing! Since right now is PKP and im at Perak. Cant really wandering everywhere to go Welcare.

    1. Hows your skin lately. Better? Hope doing fine 😃
    2. Any other suggestion for clinics in Perak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi missniss,

      Thankfully, my skin is getting better after months of breakout during PKP. I'm sorry I can't suggest any clinics in Perak because I've never been to any clinics there.

      Delete
  7. Boleh saya tahu berbaloi untuk dr ko atau klinik welcare?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi Ain. For me rasa klinik welcare lagi berbaloi sebab murah and doktor pun nice je explain betul2. dr. ko maybe mahal sebab package yg saya ambik tu ada skincare & facial.

      Delete

Hi, thanks for your comments ^_^